Mawlawi (juga disebut dan dieja: Maulvi, Moulvi dan Mawlvi
bahasa Parsi: مولوی) adalah gelaran kehormat dalam agama
Islam tetapi ia bukanlah suatu gelaran yang terlalu eksklusif. Ini kerana gelaran yang eksklusif dalam Islam hanya sah diberikan kepada
Allah,
Malaikat,
Nabi dan Rasul,
Kitabullah,
Hari Kiamat (Hari Pembalasan) serta wali-
wali Allah yang sah sahaja. Gelaran Mawlawi ini hanya diberikan oleh masyarakat umum kepada
Ulama Sunni. Gelaran ini agak mempunyai persamaan dengan gelaran
Maulana,
Mullah atau
Sheikh. Mawlawi secara umumnya membawa maksud ‘pendidik agama’ atau ‘guru’. Selalunya, Maulvi perlulah menyelangsaikan segala pengajian formalnya dari
Madrasah (sekolah Islam) atau
Darul Ulum (seminari Islam).Dalam kebudayaan yang lain, gelaran Mawlawi adalah suatu gelaran yang lebih rendah darjatnya dari gelaran "Maulana" atau "Sheikh" mungkin kerana tahap pendidikan pemegang gelaran Mawlawi ini tidaklah begitu setaraf dengan tahap didikan pelajaran oleh pemegang gelaran "Maulana" atau "Sheikh". Gelaran Mawlawi juga pada kebiasaannya digunakan secara meluas di Parsi serta kebanyakan negara di dunia Islam misalnya
Iran,
Afghanistan, Asia Tengah (seperti
Pakistan) dan Asia Selatan misalnya
India (dengan menggunakan sebutan Maulvi), Asia Tenggara (misalnya
Malaysia dan
Indonesia) dan Afrika Timur(seperti
Habsyah dan
Sudan). Istilah Mawlawi/Maulvi asalnya dari perkataan Parsi, dimana istilah Parsi ini telah diadaptasikan daripada istilah
bahasa Arab yang berbunyi "Mawla", yang bermaksud ‘Tuan’.Mawlawi
Turki dikatakan mempunyai tali persamaan/persaudaraan dengan ahli
Sufi (Sufisme) dari
Konya (
Qonya),
Anatolia @
Istanbul, misalnya Pemuisi Sufi Parsi
Jalal ad-Din Muhammad Rumi (d. 1273), dimana beliau seorang yang agak popular dengan gelaran Mawlana (bahasa Melayu; ‘Tuan kami’).Di
Bangladesh, dalam sistem pemerintahan Madrasah Aliyah, Maulvi adalah sebuah gelaran yang diberikan kepada mahasiswa yang berjaya/lulus dalam memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam sesuatu kursus Maulvi misalnya gelaran Maulvi untuk lepasan asas, Maulvi Alim (sederhana) atau Maulvi Fazil (tertinggi).Di antara contoh masyarakat yang terkenal menggunakan gelaran Maulvi adalah termasuk
Maulvi Balkhi, Pemuisi Parsi terkenal dan
Moulvi Ibrahim, bapa kepada bekas Presiden Bangladesh,
Iajuddin Ahmed, dan Maulvi
Mohammad Yunus Khalis, Pencetus revolusi politik Afghanistan. Setiausaha Agung Kumpulan Islam Sedunia
Eminence Sheikh Faisal Mawlawi juga turut menggunakan gelaran ini.